Rumusan Pencapaian EXCO Perancangan Bandar & Desa, Perumahan dan Kesenian,
YB Wong Hon Wai merangkap ADUN Air Itam (2008-2013)
A) PERANCANGAN BANDAR & DESA
1. Memartabatkan institusi Lembaga Rayuan. Lembaga Rayuan Pulau Pinang merupakan model dan rujukan kepada Lembaga Rayuan negeri-negeri lain.
(1) Perubahan polisi dengan melantik ahli-ahli panel Lembaga Rayuan dari kalangan ahli-ahli professional dan akademik yang tiada latar belakang politik sebagai Lembaga yang bebas, adil dan saksama.
(2) Bilik Persidang Lembaga Rayuan dirasmikan pada Disember 2012 untuk memberi keselesaan kepada persidangan Lembaga Rayuan yang selama ini tiada bilik persidangan khas.
(3) Penerbitan Jurnal Lembaga Rayuan buat pertama kali untuk menjilidkan keputusan-keputusan Lembaga Rayuan (1991 – 1993) untuk menyampaikan maklumat kepada pengawal undang-undang, tuan tanah, ahli professional, pemaju dan orang awam.
2. Pengurusan perancangan bandar dan desa melalui kajian, rundingan dengan orang ramai, publisiti perancangan strategik untuk masa depan jangka panjang Pulau Pinang :
(a) George Town World Heritage Site Special Area Plan
(b) Penang Botanical Garden Special Area Plan
(c) Kajian Semula Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang
B) PERUMAHAN
1. Pelancaran Dana Skim Perumahan Mampu Milik
Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM500 juta untuk tempoh lima (5) tahun bagi merealisasikan Skim Perumahan Mampu Milik. Sebelum ini, tiada peruntukan sedemikian di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Barisan Nasional.
2. Bekalan Rumah Mampu Milik Yang Stabil
Dasar Kerajaan Negeri terhadap pembinaan rumah kos rendah dan kos sederhana rendah telah melihat 14,702 unit rumah mendapat Sijil Kelayakan Menduduki dari Mac 2008 hingga Julai 2012. Untuk bekalan masa depan, sebanyak 15,246 unit rumah telah diluluskan Kebenaran Merancang dari Mac 2008 hingga Julai 2012.
3. Pembinaan Rumah Mampu Milik oleh Kerajaan Negeri dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC)
Kerajaan Negeri telah memperuntukan tanah seluas 277 ekar dan sedang dalam perancangan membina sebanyak 18,000 unit rumah mampu milik di kelima-lima daerah iaitu di Jalan S.P. Chelliah (Georgetown, DTL), Teluk Kumbar (DBD), Ampang Jajar (SPU), Bukit Mertajam (SPT), Juru (SPT) dan Batu Kawan (SPS).
4. Menaiktaraf Sistem Maklumat Permohonan Perumahan Negeri melalui :
(a) Pelancaran e-rumah membolehkan permohonan dan semakan dibuat atas talian
(b) Perkongsian data di antara Bahagian Perumahan, MPPP / MPSP dan PTG dengan mewujudkan satu sistem perkongsian data menggunakan single login untuk membuat semakan data pemilikan hartanah melalui sistem eRumah. Melalui semakan sebegini, Bahagian Perumahan boleh membuat tapisan dan semakan terhadap mereka yang mempunyai hartanah untuk membolehkan keadilan kepada mereka yang tidak berumah.
(c) Pengemaskinian data permohonan perumahan di dalam Sistem Perumahan Negeri Pulau Pinang bagi memastikan penawaran rumah kos rendah / kos sederhana rendah diberikan kepada pemohon yang benar-benar berminat dan menepati kelayakan. Jumlah permohonan aktif adalah sebanyak 25,183 meliputi kesemua daerah pada akhir tempoh pengemaskinian data pada 31 Mac 2012.
5. Bantuan Penyelenggaraan Perumahan Awam Sedia Ada
Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM10 juta dari tahun 2009 setiap tahun untuk menaiktaraf rumah-rumah yang diselenggara oleh Kerajaan Negeri. Bajet sebelum tahun 2008 di bawah Barisan Nasional hanyalah RM1 juta setiap tahun. Ini melibatkan 45 projek sebanyak 15,000 unit rumah. Antara projek naiktaraf dijalankan ialah pengecatan semula di flat Kampung Melayu, Padang Tembak, projek tukar lif baru di flat Gat Lebuh Nordin, Padang Tembak, Kampung Melayu, projek naiktaraf sistem pembentungan di Desa Jawai.
6. Bantuan Penyelenggaraan Perumahan HAPPY!
Kerajaan Negeri pada 15 Ogos 2012 telah memperkenalkan Program Bantuan Perumahan Pulau Pinang atau Housing Assistance Programme Of Penang,Yes! (HAPPY!). Peruntukan HAPPY! diwujudkan untuk menampung Program Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia (TP-1Malaysia) yang memperuntukkan kos sebanyak 90% bagi rumah kos rendah dan 70% bagi rumah kos sederhana rendah swasta. Manakala baki 10% / 30% ditampung oleh penduduk. Melalui HAPPY! Kerajaan Negeri akan menampung baki 10% bagi rumah kos rendah dan 30% bagi rumah kos sederhana rendah tersebut. Sebanyak RM50 juta diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri untuk program HAPPY!.
7. Pemulihan Projek Terbengkalai
Kerajaan Negeri berusaha gigih dan bekerjasama dengan pemaju white knight dan agensi-agensi kerajaan untuk menghidupkan dan memulihkan semula projek-projek yang terbengkalai melebihi 10 tahun semasa pemerintahan Barisan Nasional. Antara projek-projek yang dipulihkan dan memberi berita baik kepada beribu-ribu pembeli yang telah menunggu lama rumah idaman mereka :
(a) Taman Cemerlang, Bandar Baru Air Itam, DTL
(b) Desa Aman, Relau, DTL
(c) Fettes Villa, Mount Erskine, DTL
(d) Taman Teluk Air Tawar, Teluk Air Tawar, SPU
(e) Taman Pekatra Indah, Simpang Ampat, SPS
8. Untuk skim penyewaan, Kerajaan Negeri telah membaiki unit-unit yang terbiar kosong dan menyewa kepada orang yang perlukan dengan sewa yang murah. Antaranya, 170 unit di Blok E dan J di flat Padang Tembak, 40 unit asrama di Taman Pelangi, Georgetown dan unit-unit di Ampang Jajar dan Desa Wawasan.
C KESENIAN
1. Membuka lembaran baru bagi Muzium dan Balai Seni Lukis Pulau Pinang dengan :
(1) Tambahan bangunan dan ruang pameran baru di cawangan No. 57, Jalan Macalister yang berkeluasan 13,418 kaki secara pajakan selama 30 tahun (tahun 2010 hingga tahun 2040).
(2) Peningkatan prestasi pengurusan kewangan dari 2 Bintang (tahun 2008) ke 3 bintang (Baik) dalam tahun 2011 bagi “Star Rating”.
(3) Mengikut Laporan Ketua Audit Negara 2011, peningkatan 16.47% dalam Tahap Prestasi Pengurusan Kewangan berdasarkan Indeks Akauntabiliti.
(4) Pameran Koleksi Tetap yang pertama kali dianjurkan sejak penubuhan pada 1964 dengan mempamerkan 578 lukisan.
(5) Terdapat peningkatan pengunjung ke Muzium dan Balai Seni Lukis Pulau Pinang. Pada tahun 2011, Muzium dan Balai Seni Lukis telah menerima melebihi 77 ribu pengunjung (berbanding 46 ribu pada tahun 2007).
2. Memulakan penganjuran George Town Festival pada tahun 2009 dengan pelbagai aktiviti kesenian, kebudayaan dan warisan. George Town Festival telah menjadi festival bertaraf antarabangsa dan dianjurkan setiap tahun dari tahun 2009 ke 2012.
3. Melancarkan initiatif street art dengan Bangun Project di Chew Jetty, Mirrors of Georgetown (murals), Marking George Town dan street scupture. Projek kesenian ini telah mendapat sambutan hangat orang tempatan, pelancong tempatan dan asing.
4. Penubuhan Penang Philharmonic dengan menggantikan Penang State Symphony & Chorus (PESSOC) dengan pelbagai aktiviti muzik dan orkestra. Pada tahun 2012, Penang Philharmonic telah membuat 11 persembahan konsert kepada melebihi 8,000 peminat muzik.
槟州城乡策划
, 房屋, 艺术部主席黄汉伟行政议員 (2008-2013) Report card
城乡策划
1. 提升上诉庭设备。槟州上诉委员会是一个可供其它州属参考模型的上诉委员会。
- 改变原有政策,委任拥有专业学术知识并没有任何政治背景的专业人士为上诉委
员团成员,以求槟州上诉委员达到公平和公正。
- 上诉庭于2012年12月正式启用,从此以后上诉委员会将有固定地点召开会议及
审讯。
- 第一次出版有关上诉庭个案、审讯结果(1991-1993)以将有关信息传递给监管 机构,地主,专业人员,发展商和公众。
2. 通过研究,咨询公众及宣传方式以为槟州未来长期城乡规划。
(i) 乔治市古迹区特别区域蓝图
(ii) 植物园特别区域蓝图
(iii) 重新审查槟州结构规划
房屋部
1. 推出可负担房屋计划
- 槟州政府拨出5亿令吉在5年内兴建可负担房屋。这是在国阵执政时从未发生的。
2. 提供稳定的可负担房屋
- 在2008年3月至2012年7月,槟州政府已批了一共14,702间中廉价屋/廉价屋
入伙证书。
- 在2008年3月至2012年7月,地方政府已批了多个房屋计划,这也意味在未来
将会有多达15,246间中廉价屋/廉价屋供应。
3. 通过槟州发展机构(PDC)兴建可负担房屋
- 槟州政府在5个区域一共拨出277英格土地以兴建18,000间可负担房屋。这5个
区域包括齐来也路 (东北县)、直落公芭(西南县)、安邦惹惹(威北县)、大山
脚(威中县)、柔府(威中县)及巴都加湾(威南县)
4. 提升房屋部申请系统
- 推介e-rumah网上申请系统。民众可通过房屋部网站申请。
- 与地方政府及土地局共享数据/资料以有效及准确的过滤一些不符合资格的申请人
士。
- 更新申请数据/资料,以确保供应给真正的兴趣和符合资格的申请人士。经过2012
年3月31日更新后,现在槟城活跃申请者人数为25,183人士。
5. 维修或提升现有的公共房屋
- 槟州政府从2009年起每年拨出1千万令吉来维修或提升现有的公共房屋。
- 一共有45个房屋计划或15千户人士受惠。
- 一些提升计划如下:甘榜马来由组屋及大枪埔组屋重新油漆、土桥尾组屋、甘榜
马来由组屋及大枪埔组屋更换新电梯及Desa Jawi提升排污系统。
6. 快乐房屋计划
- 槟州政府在2012年8月15日推出快乐房屋计划。
- 快乐房屋计划是根据中央政府联邦直辖区与城市和谐部推出的1马维修基金,提供
90%拨款给廉价屋70%给中价屋,剩余的10%/30%将由居民承担。
- 通过快乐房屋计划,槟州政府将会承担居民所承担的10% / 30%,这也表示居民
无需承担任何费用。
7. 恢复被搁置房屋计划
- 槟州政府与白武士合作,通过政府各部门的配合,槟州政府成功拯救在国阵时期
搁置超过十年的房屋计划。这些被搁置的房屋计划恢复后将有成千上万名购屋者
受惠。以下是已被恢复的搁置房屋计划:
(i)珍美园(阿依淡新市镇)
(ii) 安宁园(湖内)
(iii) 高峰园(白云山)
(iv) 直落斗哇花园(直落斗哇)
(v) Taman Pekatra Indah (新榜安拔)
8. 槟州政府维修以下空置单位以便宜租金租给有需要的人士:-
- 打枪埔E座及J座的170间空置单位
- 彩虹公寓的40间空置政府人员宿舍
- 安邦惹惹及宏远人民组屋
艺术部
1。槟州博物馆及艺术画廊迈入新的里程碑:-
(i) 增加中路57号建筑物为新的展览馆。中路57号建筑物阔约13,418方尺,与
市政局签署租约为30年(2010 – 2040)。
(ii)财务管理表现由2008年的2颗星提升至2011年3颗星。
(iii)根据2011年国家总稽查师报告,槟州博物馆财务管理方面提升了16.47%
(iv) 从1964年成立以来,首次倾馆展出578幅收藏品。
(v)槟州博物馆及艺术画廊在2011年参观人数超过77,000人,比起2007年
(46,000人),明显提高了许多。
2。乔治市节庆(George Town Festival)从2009年开始举办,每年的节庆节目都包括艺术活动及文化遗产。现在的乔治市节庆(George Town Festival)更是每年定期举办,将其水平提升至国际水准。
3。推广街头艺术,桥装艺术祭、乔治市魔镜、标志乔治市及街头雕塑计划都非常成功并获得人民及国内外旅客的喜爱。
4。将州立管弦乐团(PESSOC)重新包装及命名为槟州爱乐交响乐团(Penang Philharmonic)。在2011年槟州爱乐交响乐团成功举办11场演奏会,吸引超过8,000乐迷。
No comments:
Post a Comment